Showing posts with label Company. Show all posts
Showing posts with label Company. Show all posts

Sunday, March 29, 2009

Sayonara...

Date : 28032009

sayonara ka-do utk encik boss...

Akhirnya tiba juga perpisahan dengan boss yg amat disayangi(Sayang ke?? Hahaha.. cik abe, jgn mare..). Ayat paling sesuai, boss yg disenangi oleh semua orang. Dia kat Msia ni hampir 4 tahun. Orang nye mmg cool habis, tak lokek dr segi duit2an (setiap kali ade apa2 farewell/welcome dinner dia mesti bg RM300 MINIMUM), kalo ade problem pun tak gelabah or tak marah2 tak tentu pasal. Memang COOL giler ah... Dan aku rasa ni leee pertama dan terakhir kot dapat boss yang macam ni.

18032009 : Kami buat farewell besar2an utk encik boss ni. Memang siap dengan bermacam2 program sehinggalah beberapa kali boss tangkap leleh. Dengan aku2 skali terasa teramat kandou tengok boss menangis begitu rupa.:( Mungkin farewell camni jugak adalah yg pertama dan terakhir kot.

damia.. bersiap sedia utk ke farewell dinner encik boss mama. tgh tgk barney sambil makan biskut.. HEAVEN!!
sebak tak tertahan...
kek yg dibuat oleh sorang member ofis... kek ni lah 'senjata' yg membuatkan boss tangkap leleh..gambar kenangan encik boss ngan kami..

kenangan... member2 ngan encik bos..

Dan sekarang aku terpaksa mengadap boss yg tak besh langsung. Aduhaiii nasib... Oh Tuhan, berilah kesabaran yg tinggi utk aku terus stay kat company nih...


Sunday, March 08, 2009

KeGaWaTaN...

ekonomi global... huhuhu.. macam serius je topik kali ni. Tak punnnnn.... saje wat gimmick! hehehe.

Sebenarnya company aku pun dah mengalami sindrom2 jangkitan kegawatan ni. Antaranya ialah :-
  1. NO OVERTIME sejak 1 Januari 2009. Masih boleh OT sekiranya urgent matter sahaja. Kesannya ramai laaa staff yg berbondong2 balik pd pukul 535 ptg sehingga terpaksa beratur. Ni yang boring ni... So aku mengmbil keputusan utk kuar ofis lambat sikit supaya tak perlu beratur. Rasa cam buang masa jerk dok menunggu.
  2. Penukaran uniform secara tertutup. Sebelum ni kaunter dibuka sebulan sekali utk tukar uniform, tapi sekarang hanya dibuka utk sesiapa yang memerlukan sahaja.
  3. Penawaran VSS utk production staff. Utk staff yg keje kat ofis masih belum dibuka. Uwasa (rumours) mengatakan akan dibuka bulan April nanti utk indirect staff (org keje kat ofis mcm aku.. hehehe). Tapi bila aku tanya, diorang (org2 HR laaa) kata TAK AKAN ada VSS utk indirect staff. Hmm... entahlah. Aku berharap jugak ade VSS ni, tp memandangkan ratenye amatlah kecil n ciput, terasa rugi pulak kalau aku ambik.
  4. Kurangkan company transport. So sesiapa yang tinggal berjauhan dari kilang dan tidak mahu berpindah tinggal di rumah sewa/hostel terpaksalah berhenti kerja (aku panggil pembuangan pekerja secara halus).
Dan yang paling tak sedap didengar ialah tahun ni tiada INCREMENT! huhuhuh... harap2 laaa uwasa itu tidak benar sama sekali. Dah laaa kalau ada pun ciput aje.. Hmmm...
Cuma masih bersyukur kerana company aku tiada pembuangan pekerja secara terang2an. Secara halus tu banyak jugak. :(